Program Pengajian
sijil teknologi maklumat
Program Sijil Teknologi Maklumat adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Teknologi Maklumat. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, ia dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan :
1. Perisian aplikasi, pemasangan komputer, asas pengaturcaraan dan etika digital dan keselamatan sosial.
2. Pangkalan data, rangkaian komputer, asas multimedia, pembangunan reka bentuk laman web dan pengenalan analisis dan rekabentuk sistem.
3. Pembangunan aplikasi mudah alih, internet of things, pengaturcaraan berorientasikan objek dan projek pelajar
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang teknologi maklumat yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang teknologi maklumat. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti:
Pembantu Tadbir
Juruteknik Komputer
Pembantu Pengaturcara
Usahawan Teknologi Maklumat
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) telah menjadi satu agenda global untuk menghadapi pelbagai cabaran pembangunan mampan. PSH merupakan saluran pembelajaran sepanjang hidup utama bagi seseorang individu, sehaluan dengan sistem pendidikan negara dari peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, prauniversiti dan seterusnya pengajian tinggi. Berdasarkan memorandum Menteri Pengajian Tinggi bertarikh 20 April 2005, kabinet bersetuju menjadikan kolej komuniti sebagai hab PSH. Pelaksanaan program PSH di kolej komuniti adalah bagi tujuan peningkatan kemahiran dan pengetahuan serta taraf sosio-ekonomi masyarakat.
1) GRAFIK & MULTIMEDIA / KOMPUTER & TEKNOLOGI MAKLUMAT
2) KATERING & SAJIAN
3) KEROHANIAN & KEAGAMAAN
4) PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN
5) PEMBANGUNAN DIRI DAN MOTIVASI
6) KECANTIKAN & DANDANAN
7) BAHASA
8) SENI KREATIF / KRAFTANGAN / KESENIAN & KEBUDAYAAN